Assalamualaikum.
Hujung September tahun lepas sy start pakai tudung. Memula orang ingat sy pakai tudung sebab nak kawen bla bla bla and all that orang kita punya mentality. Well, ignore that, untuk sy, it just a small step nak berubah jadi baik sikit la sebab sebelum ni tak berapa baik sangat..huhu.. semoga Allah swt memberi hidayah Nya kepada sy dan kita semua..aminnnn
Bercerita pasai tudung ni, sy ni kureng berkenan dengan tudung2 yg ada kat pasaran, labuci2, manik2, bunga2, berkirai2 macam tudung tingkap (org penang panggey tudung tingkap, org kl panggil langsir, omputih panggil curtain). Sy ni jenis suka hat simple2 ja. Susah nak cari shawl yang ikut citarasa saya. Maka sy pun pi beli kain pastu berbekalkan mesin jahit portable yang sedia ada kat umah (saya beli kat Lazada dengan harga RM59) saya pun jahit tudung/shawl untuk kegunaan sy sendiri.
Setiap kain yang sy beli tu hanya guna separuh saja untuk buat shawl saya, lagi separuh tu tak tau nak buat apa so sy simpan saja. Tapi lama kelamaan kain lebihan tu jadi banyak, maka idea pun mai kat kepalahotak saya ni nak jahit dan jual semua kain2 tu. Saya pun jahit kain lebih tu dan juai kat instagram dengan harga RM10 sehelai. Dalam 3 hari jualan online, shawl saya habis licin orang beli. Pastu ada plak orang order nak kaler itu-ini suruh saya juai. Ada yang order sampai 10-20 helai. Sampai sy kena ambik cuti dan tak tidor langsung selama seminggu dok menjahit, sebab sy tak sampai hati nak tolak order orang #alhamdulillahrezeki
Maka disebabkan itu saya naikkan harga shawl kepada RM15. Kenaikan harga tu untuk upah duit minyak keta pegi sana sini cari material, upah menjahit, dan kos menjahit.. sebab harga RM10 tu sy langsung tak ada untung dan takada duit upah menjahit walaupun tak tidor menjahit sepanjang malam. Tapi customer saya cakap RM15 masih murah sebab orang lain jual RM20-RM45 untuk kain material dan saiz sama macam shawl saya. Alhamdulillah la lega rasa bila feedback customer cenggitu.
Oleh sebab saya menaikkan harga, sy beli mesin jahit yang lebih baik, sebab rasanya tak patut pula saya jual shawl dengan jahitan mesin jahit RM59 ye dok? Dengan mesin jahit baru ni, jahitan pun lebih kuat dan kemas.
Dan sebab harga naik juga saya menempah label sy sendiri iaitu sweetnessnco (nanti la sy cerita mana datangnya nama sweetness tu k). Pastu bila dah nak buat label sendiri ni, ofkos la kena register company, buat official chop dan sebagainya, gilo eksaited uollssss π. Dan dengan itu, lahirlah sebuah company bernama Sweetness N Co dengan product pertamanya 'sweetness shawl'. Secara tak langsung merealisasikan impian saya sejak kecil untuk punyai bisnes sendiri dengan label sendiri dan nak tengok orang pakai barangan label saya... "πioulss happy okeyy" ππ
Alhamdulillah, bulan september 2016 ni genaplah setahun kompeni kecik sy ni, alhamdulillah juga perniagaan berjalan lancar dan sangat baik, walaupun sy dah macam ada kuasa boiboiboi dah giler-sebok berkejaran sana sini sebab sy masih bekerja dengan pekerjaan asal saya (pekerjaan asal pun dah sedia sebok gila), tapi takpa lah, bak kata omputih no pain no gain. Kita mesti berusaha cari peluang sementara kudrat masih boleh diguna. Esok dah tua x larat nak buat apa dok sengap ja, apa pon tak boley. Syed Mokhtar Al Bukhari dalam buku biografi kata, dia dulu pun macam tu la, lagi teruk kot sampai malam2 pun tidoq dalam kereta. So apa la sangat nak compare dengan sy yg hanya tak tidoq malam dan waktu siang lari sana sini macam orang gila.
Btw, banyak orang yang teringin nak mula bisnes online bila depa tengok saya macam seronok ja dok bisnes ni. Memang la seronok, tapi banyak lah pengorbanan nya yg orang tak nampak. Pengorbanan masa yang paling utama. Hal2 kecik macam tak sempat makan minum kencing berak tu memang dah jadi perkara biasa. Tak tidor langsung selama berhari2 juga dah biasa. Bergaduh dengan boifren sebab sibuk sangat sampai tak cukup masa pun dah biasa. Kena tipu pun biasa. Kawan2 yg minta dilayan macam VIP tapi mintak harga tahap free of charge tu lagi la biasa. Kawan yang sentap sebab sy tak sempat buat shawl dia yang minta dideliver sampai ke riba pun ada. Macam-macam lah. Tapi semua tu bagus untuk pengalaman dan pelajaran.
Kalau takde pengalaman dan pelajaran itu, macamana nak pandai, kannn..π
Thursday, August 11, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment