Wednesday, August 31, 2016

Merdeka

Selamat Hari Merdeka yang ke 59, Malaysia..

Merdeka means bebas. Bebas dari anykind of penjajahan,  thats include bebaskan diri dari people's perspektif yang kita tak cukup kuat atau tak cukup sempurna atau tak cukup kemampuan untuk buat itu ini.  Because orang yg tidak merdeka is basically tak boleh buat apa pun.

Saya ada terbaca juga that is actually why Tun M bina KLCC, Menara KL dan KLIA yg sangat hebat right before dia anjur Sukan Komanwel 98. He wants to send messages kepada dunia Barat yang kita juga mampu,  dan in his own way beliau beritahu pd mereka "hey, do not look down on us, we can do this too lahhhh". And he did get us the world's respect.

Dan sepatutnya tak ada org yang layak utk beritahu kita apa yang kita tak boleh dan tak mampu buat. Semenjak setahun dua ni saya selalu attend event yang agak extreme, seperti thriathlon dan olympic distance swim event, membuka mata saya untuk witness lebih banyak manusia2 yang fizikalnya kurang sempurna tetapi outstandingly sangat hebat di mana mereka dont even have anggota tubuh yang basically 'perlu' or 'a-must-have' untuk compete. Saya  pasti banyak orang cakap kat diorg ni yang diorang tak mampu buat tapi disebabkan kemahuan yang tinggi, mereka mampu compete dengan jayanya, dan actually lebih hebat dari peserta2 biasa lain.

Saya boleh cerita sikit pasal diorg ni sebab sy sgt kagum gila. Ada seorg abang dr Terengganu, adalah seorg yg kekurangan anggota dimana beliau tak punyai sebelah tangan (the whole arm dr bahu hingga jari tak ada) tapi beliau adalah setiap tahun peserta top-10 untuk thriathlon, olympic distance swimaton dan even kapas-marang swim. Gila oi kapas-marang tu berenang jarak jauh rentas laut china selatan dgn ombak tinggi, dengan jelly fish gigit, dengan current kuat, hanyut bagai, tangan sebelah je nak kayuh. Dan beliau bukan setakat berjaya sampai dengan selamat, beliau adalah top-10 mengalahkan peserta2 lain yg normal termasuk peserta omputih dr negara luar.
Dan lagi seorg peserta kurang upaya dalam event Kapas-Marang tu adalah seorang remaja yang lumpuh  kakinya, totally paralyzed, dia juga berjaya sampai dengan selamat. Saya sgt terharu bila tengok dia sampai ke tepi pantai dan minta tongkatnya supaya dia dapat berdiri dan lari ke garisan penamat. Menitik airmata terharu dan gembira serta bangga walaupun sy tak kenal dia. Boleh ke kita swim kat open sea jarak sejauh 6.5km guna tangan je takyah guna kaki? Dia boleh je.. dan dia juga bukan peserta terakhir yang sampai, kawan saya yang normal pun sampai lebih lewat dari dia.huhuhu.. Ada lagi sorang saya jumpa ialah lelaki muda yang buta, dia berenang di Swimaton PD sejauh 5km, dan lepas habis berenang semua reporter ikut dia..hahaha..hebat kan?

Dan itu la bagi saya contoh orang2 yang Merdeka yang bebas dari penjajahan pemikiran manusia. Diorang adalah orang yang sentiasa cakap boleh against orang yang cakap tak boleh. Bukan lah maksud saya kita pun kena berenang berlari olympic distance bagai, BUKAN. Maksud saya, jangan la sikit2 pun ada pemikiran  "TAK BOLEH LAA"  "TAK MAMPU LAAA"  "TAKUT LAAA" 😐.. Asyik harap orang je buat semua untuk kita. Tak boleh la cenggitu. Sekarang dah tahun 2016. Wake Up.

No comments:

Post a Comment