Jalan kat Mall sorang2..
Shopping sorang2..
Tengok wayang sorang2..
Makan kat restoren sorang2..
Lepak starbuck sorang2..
Hiking sorang2..
Travel sorang..
Ada orang cakap pelik perangai cenggitu, especially untuk kaum perempuan. Sebab kaum perempuan diciptakan pemalu. Tapi aku punya life cenggitu lah. Ntah la nak cakap aku pemalu ke tak, mungkin la tak berapa malu ..hahaha. Aku mampu jalan sorang2, buat itu ini sorang2 sebab aku tak penah peduli orang anggap aku apa. Lantak la. And to be honest, its actually kinda fun. Dan BEBAS! Thats the point.
Memula dulu terasa jugak la orang pandang2 especially bila makan sorang2 kat kedai makan yang banyak orang melayu, mungkin sebab typical melayu yang sifatnya yang kita sedia maklum sangat judgemental. Tapi sekarang dah tak rasa apa pun. Rasa seronok saja. Lagipun dizaman sekarang semua perlu pantas, tak boleh asyik nak tunggu2 orang teman.
Asalnya sebab saya seorang yang sangat independant sejak remaja, lepas mak saya meninggal saya buat almost everything sendiri. Jadi semuanya jadi terbiasa dan becoming easy. Bila dah tua sikit ni asyik sibuk pulak, dengan kerja dan pelbagai aktiviti, free time saya tak sama dengan orang lain. End up saya selalu terpaksa buat banyak benda sendiri sebab taknak tunggu orang, nanti bazir masa. Tapi lama kelamaan, saya jadi seronok dan mula enjoy kebebasan bergerak solo. Sampai ada masanya saya tengah makan di restoren sorang2, dan kebetulan ada kawan2 yang nampak saya sedang makan sorang2, diorang nak joinlah so saya tipu cakap adik saya akan datang makan dengan saya - hanya sebab saya really enjoying my time 'sorang2' tu dan taknak orang datang kacau daun. Boleh tak macam tu? Huhuhu..
Saya actually become addicted dengan momen sorang2 tu. Saya rasa macam dah kena penyakit anti-sosial dah.
Saya suka jalan kat mall sorang2 sebab boleh window shopping dengan senang hati, sendiri decide nak tengok barang apa, bila boring boleh move on ke barang lain. Tak perlu tunggu orang pegi fitting room, dan tak perlu risau takut orang boring bila kita asyik nak tengok barang kita. Sebab sy sangat cerewet bila bershopping dan akan ambil masa yang sgt lama.
Dan setiap hari, di waktu kerja, saya juga suka makan sorang2, sebab boleh makan cepat2 pastu sambung kerja..
Lagi satu saya suka melepak sorang, tak tau penyakit apakah ini, tapi saya memang boleh melepak kat starbuck atau coffee bean selama 4-5 jam. No kidding.
Pastu saya selalu pergi hiking sorang2. Kawan2 saya semua tak suka hiking2 ni so..ok je sorg2 lebih aman damai boleh menenangkan otak bila duduk dalam hutan sorg2.. Lagi pun hutan tu ramai orang so tak takut pun la..
Dan yang paaaaaaaaliiiinnnngggg suka ialah travel sorang2. Oh yang ni sangat heaven! Pernah ada mat saleh cakap sy bukan orang Malaysia sebab katanya orang perempuan Malaysia hanya duduk rumah memasak untuk suami dan anak. Huhuhu.. No komen bab tu. Travelling solo actually memberi lebih banyak experiences dan belajar lebih banyak perkara selain dapat kawan baru dari segenap pelusuk dunia. Dan paling hebat ia buat kita jadi seorang yg fast learner dan meluaskan daya berfikir dan lebih bijak membuat keputusan.
Tapi saya takde lah anti-sosial. Saya ex-budak hostel, membesar dikelilingi kawan2, of course saya ada ramai kawan dan sangat suka hang out dengan bestfriend2 dan kawan2 saya. Tapi saya juga mampu bergerak solo supaya lebih bebas dan juga untuk menikmati experiences yang berbeza.
I'm just trying to live life in different angle everyday so that no matter how life throw me, I will be able to survive.
Tuesday, August 16, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment